Lebih nilai dan aksesori di dalam OPPO R9s Min Chen

Sebelum ini OPPO Malaysia telah menghasilkan telefon pintar OPPO F1s edisi khas Ayda Jebat. Bagi OPPO R9s yang baru dilancarkan bulan lepas, OPPO memilih selebriti Min Chen bagi edisi khas telefon pintar terbaru ini. Ia menggabungkan banyak perkara istimewa, tetapi harga langsung tidak berubah.


OPPO R9s Edisi Khas Min Chen akan dijual di Malaysia pada harga RM1,798, bermula dari 22 Februari 2017 di Stor Online OPPO Malaysia, Lazada Malaysia serta Stor Konsep OPPO di seluruh Malaysia. Harga yang sama, tetapi banyak bezanya.


Telefon pintar edisi khas ini berwarna merah, sama seperti Edisi Valentine. Ia akan memiliki tandatangan Min Chen di belakang, menggunakan cetakan lazer. Dan ia ditambah lagi dengan 4 keping poskad bergambar Min Chen, casing bergambar kartun Min Chen serta kadbod berdiri Min Chen bersaiz mini. Kalau harga yang sama dengan versi biasa, rasanya lebih baik dapatkan edisi Min Chen ini.



Selain tambahan fizikal, OPPO R9s Edisi Khas Min Chen juga memiliki tambahan digital. Ia datang bersama nada dering alarm Min Chen, wallpaper Min Chen dan bonus koleksi gambar selfie oleh Min Chen sendiri. Ini memang telefon pintar terbaik untuk peminat Min Chen.


Kalau belum berminat, boleh cuba tambah minat dengan melawat Instagram @minchen333 dan Facebook Min Chen.


OPPO R9s adalah telefon pintar terbaik ditawarkan OPPO di Malaysia masa kini. Ia menekankan kehebatan kamera belakangnya dengan autofokus dwi-PDAF yang super pantas, sensor 16MP dan apertur f/1.7. Kamera hadapan juga 16MP, mengekalkan tradisi OPPO dengan swafoto sempurna.


Pemproses Snapdragon 625, 4GB RAM dan 64GB storan dimuatkan di dalamnya. Kapasiti bateri pula 3,010mAh, boleh dicas super pantas menggunakan pengecas OPPO VOOC. Skrinnya 5.5-inci, beresolusi HD Penuh dan dilapisi kaca Corning Gorilla Glass.



Jangan lupa, 22 Februari 2017 adalah tarikh OPPO R9s Edisi Khas Min Chen mula dijual di Malaysia. Ia boleh dibeli menerusi Stor Online OPPO Malaysia atau Lazada Malaysia, serta Stor Konsep OPPO di seluruh Malaysia. Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman web OPPO Malaysia.


The post Lebih nilai dan aksesori di dalam OPPO R9s Min Chen appeared first on TheSkop.