Lebih banyak kad dan bank menyokong Samsung Pay di Malaysia

Samsung Pay, sistem pembayaran mudah menggunakan telefon pintar akan tiba secara rasmi di Malaysia. Ia akan dilancarkan pada 24 Februari 2017, bersama-sama pameran jelajah selama 5 hari untuk memperlihatkan betapa mudah dan selamatnya penggunaan Samsung Pay.


Samsung telah pun membuat ujian tertutup Samsung Pay di Malaysia, dengan kerjasama Maybank dan Visa sejak Disember tahun lepas. Pada pelancaran kelak, Samsung akan mengumumkan penyertaan lebih banyak bank iaitu CIMB, Citibank dan Standard Chartered, serta sokongan kad Mastercard.


Pameran jelajah Samsung Pay akan diadakan di Suria KLCC, dari 24 Februari sehingga 28 Februari 2017. Pengunjung boleh melihat bagaimana sistem Samsung Pay berfungsi, dan cuba sendiri membeli-belah menggunakan Samsung Pay.


Perkara yang unik pada Samsung Pay berbanding sistem pembayaran lain, adalah keserasian dengan terminal kad lama berasaskan jalur magnetik (MST). Bermakna, ia boleh digunakan di lebih banyak tempat, walaupun di kedai yang masih menggunakan terminal kad MST. Kebanyakan sistem pembayaran lain, hanya menyokong terminal kad berasaskan cip atau NFC sahaja.



Selain pameran, Samsung juga mengadakan promosi istimewa sepanjang jelajah 5 hari ini. 100 pengguna Samsung Pay pertama membuat 3 transaksi minimum RM30, akan menerima pengecas wayarles Samsung brnilai RM279, secara percuma. Lebih baik lagi, perbelanjaan Samsung Pay paling banyak setiap hari dapat membawa pulang telefon pintar Samsung Galaxy S7 edge.


Buat masa ini, telefon pintar Samsung yang boleh menggunakan Samsung Pay adalah Samsung Galaxy S7 & S7 edge, Galaxy Note5, Galaxy S6 edge+ dan siri Galaxy A (Versi 2016 & 2017). Untuk maklumat lanjut, layari laman web Samsung Pay Malaysia.



The post Lebih banyak kad dan bank menyokong Samsung Pay di Malaysia appeared first on TheSkop.