Lebih 2,000 penunggang dapat petrol percuma

Sungai Petani: Lebih 2,000 penunggang motosikal berbaris panjang di stesen minyak Tikam Batu di sini, seawal 6.30 pagi tadi bagi mengisi petrol RON95 secara percuma.
Petrol percuma itu disumbangkan oleh peniaga katering yang juga bekas pegawai Pejabat Pendidikan Daerah ( PPD) Kuala Muda, Cikgu Abdul Ghani Haron, 60, yang aktif dalam kegiatan kebajikan bersama rakan Facebook.