Kwon Sang Woo Kembali Berlakon Selepas Tiga Tahun Menyepi

TIGA tahun menyepi daripada bidang lakonan, aktor Kwon Sang Woo bakal muncul semula dalam drama terbaharu KBS berjudul Queen of Deduction.

Pelakon yang popular dengan drama Stairway to Heaven itu menghilang bagi memberi tumpuan kepada keluarga dan kerja-kerja di belakang tabir.
Dalam drama tersebut, Kwon Sang Woo bakal bergandingan sekali lagi selepas 16 tahun bersama aktres Choi Kang Hee.
Pelakon berusia 40 tahun itu akan membawa watak detektif yang akan membuat penyelidikan tentang sebuah kes pembunuhan misteri.

Drama tersebut bakal ditayangkan pada April depan bagi menggantikan drama Cheif Kim.