Kurang tawaran berlakon sejak bertudung, Elfaeza Ulhaq cuci surau

Cabaran datang dalam pelbagai bentuk dan bagi pelakon Elfaeza Ulhaq yang popular melalui drama Adam dan Hawa, dia seringkali diuji dengan rezeki lakonan namun memerlukannya untuk membuka hijab. Bagaimanapun perkara tersebut ditolak dengan baik olehnya.


Kurang Tawaran Berlakon, Elfaeza Ul Haq Buat Amal Cuci Surau

Kurang Tawaran Berlakon, Elfaeza Ul Haq Buat Amal Cuci Surau


“Saya akui memang kurang muncul di televisyen sejak bertudung kerana tawaran berlakon semakin berkurangan. Ada tawaran yang datang tapi kebanyakannya untuk drama berbahasa Inggeris yang memerlukan saya membuka hijab”


“Ia seperti dugaan dan ujian buat saya kerana disaat saya tiada pekerjaan ini, saya terpaksa menolak tawaran-tawaran memerlukan saya buka tudung. Namun saya reda ia hanya satu ujian Allah kepada saya,” katanya.


Selain itu, pelakon ini juga menjelaskan kepada mStar Online bahawa dia kini sibuk mengamalkan kerja amal sepanjang Ramadan seperti membersihkan karpet surau-surau di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.


 


Sumber: Roti Kaya