Kuda pula terlepas di highway

Selepas Chickaboo si burung unta yang melarikan diri hingga menjadi sensasi Internet hingga menjadi tajuk utama akhbar, media sosial kembali ‘kecoh’ dengan video viral seekor kuda berlari di jalan raya di Kelantan.


Selepas Burung Unta, Kuda Pula Terlepas Di Kelantan

Selepas Burung Unta, Kuda Pula Terlepas Di Kelantan


Kuda bewarna coklat itu dilihat di Kota Baru pada pagi Ahad.


Seorang pengguna Facebook, Adli Alimin memuat naik dua video menunjukkan kuda berkenaan berlari di lorong kanan.


Dalam masa beberapa jam video itu telah dikongsi ribuan pengguna Facebook.


Menurut Adli, kejadian itu dirakamkan ketika dia dalam perjalanan ke pejabat pada pukul 10 pagi.


“Kuda itu berlari di jalan selama lebih kurang 45 minit. Berdasarkan maklumat yang saya terima, kuda itu berlari dari Pasir Pekan di Wakaf Bharu ke Kubang Kerian,” katanya.


“Ia cukup menakjubkan kerana jarak antara dua lokasi itu lebih kurang 10km,” katanya.


 


Sumber: MStar