Kota Bharu Bakal Sesak 3 Kali Ganda Menjelang Raya

Itulah data terbaru yang dikongsi pihak Waze bersempena Hari Raya yang akan tiba pada 25 Jun ini. Bermula Rabu, 21 Jun hinggalah Ahda 25 Jun 2017, anda boleh menjangkakan jumlah kenderaan yang amat tinggi memasuki ibu negeri paling utara di pantai timur Semenanjung Malaysia itu.



Data aktiviti polis juga meningkat tiga kali ganda, sehari sebelum Hari Raya iaitu 24 Jun (Sabtu).


Sebaliknya, Kuala Lumpur mengalami pengurangan kenderaan bermula tempoh yang sama. Contohnya, pada hari Khamis (22 Jun), anda boleh menjangkakan persekitaran yang lengang untuk anda ke pejabat sekitar ibu kota. Johor Bahru juga mengalami pengurangan trafik sepanjang tempoh yang serupa.



Seperti biasa, Waze melaporkan Kuala Terengganu, selain Kota Bharu, akan mengalamai peningkatan mendadak daripada segi aliran trafik bersempena Raya ini bersama-sama kawasan sekitar bandaraya Ipoh.


Data adalah jujukan daripada statistik 2016 yang diambil dua minggu sebelum dan selepas Hari Raya. Ia amat berguna jika anda ingin merancang pemanduan anda.


Jika anda masih belum menggunakan Waze, muat turun perisian itu di telefon Android ataupun iOS anda hari ini.


The post Kota Bharu Bakal Sesak 3 Kali Ganda Menjelang Raya appeared first on TheSkop.