Kini Anda Boleh Beriklan Secara Interaktif Menggunakan Facebook Canvas

Memandangkan sebahagian besar pengguna Internet menerusi telefon pintar hanya tertumpu pada laman sosial seperti Facebook, gergasi media sosial itu ingin memanfaatkan sepenuhnya potensi pengiklanan terhadap penggunanya yang mencecah 1.59 billion itu. Canvas adalah satu lagi produk pengiklanan yang diperkenalkan Facebook pada 26 Februari 2016.


160621-facebook community report


Statistik produk-produk Facebook tahun 2015 yang diumumkan oleh Mark Zuckerberg di laman FB-nya


Seperti Facebook Instant Article, peniaga yang menggunakan Canvas boleh memperagakan produk mereka secara skrin penuh. Iklan menggunakan Canvas boleh dilancarkan sekelip mata selepas ditekan. Masa memainkan peranan utama semasa pengiklanan kerana pengguna Internet secara purata memiliki tahap perhatian yang rendah. Oleh sebab itu, pengguna perlu dimaklumkan tentang sesuatu produk secepat mungkin.


Sejak dilancarkan, beberapa jenama terkenal sudahpun menikmati manfaat Canvas dalam pengiklanan mereka. Coca-Cola misalnya, menggunakan Canvas untuk mengumumkan botol Coca-Cola edisi khas yang diperbuat daripada alumunium. Ia telah ditonton oleh kira-kira 16 juta pengguna dengan purata tempoh menonton kira-kira 18 saat.




Bermula 22 Jun 2016, sesiapa sahaja boleh mengguna Canvas untuk melipatgandakan penjualan mereka. Maklumat lanjut tentang produk pengiklanan terbaharu ini boleh dirujuk di laman rasminya.


The post Kini Anda Boleh Beriklan Secara Interaktif Menggunakan Facebook Canvas appeared first on TheSkop.