Ketahui 20 Nama English Popular Pilihan Orang Korea

Ramai menyangka, orang Korea yang memiliki nama English pastinya berdarah kacukan sama ada Korea + Amerika, Korea + Australia atau Korea + Canada.


 


 



 


 


Bagaimanapun, tanggapan berkenaan adalah tidak tepat sama sekali. Mengikut trend masa kini, boleh dikatakan ramai orang Korea memiliki dua nama iaitu nama dalam bahasa Korea dan nama dalam bahasa English.


 


 


Punca mereka mempunyai nama English bukanlah kerana mereka tidak menyukai nama Korea atau pun untuk nampak lebih kebaratan atau glamor.


 


 


James Lee (Royal Pirates), Brian Joo & Jay Park – Foto: Naver


 


Sebaliknya, faktor wujudnya nama English dalam diari hidup bangsa Korea adalah kerana kebanyakkan nama dalam bahasa Korea agak sukar untuk disebut oleh bangsa antarabangsa.


 


 


Dalam erti kata lain, agak terbelit juga lidah mahu menyebut nama orang Korea kerana sebutan dan ejaan dalam roman dan hangul banyak perbezaannya.


 


 


Eric Moon (Shinwa) & Eric Nam – Foto: Naver


 


Oleh kerana itu, jangan pula anda terkejut apabila datang ke Korea dan bertemu dengan ramai bangsa Korea yang memiliki nama English yang sama. Contoh paling ketara selebriti Korea iaitu Eric Shinwa dan Eric Nam.


 


Eddy Kim. Eddy JJCC & Andy Shinwa – Foto: Naver


 


 


Yang membezakan mereka hanyalah pada nama English yang diletakkan bersama nama keluarga Korea. Contohnya seperti Eddy Park, Eddy Kim dan Eddy Lee.


 


Untuk rujukan anda, EH!KOREABUZZ senaraikan 20 nama English popular yang sering menjadi pilihan orang Korea. Senarai nama ini menjadi keutamaan kerana ia mudah disebut dan diingati.


 


Stephanie & Irene Red Velvet – Foto: Naver


 


Malah, kebanyakan nama ini diambil dari nama selebriti dan watak-watak dalam filem Hollywood.


 


Berikut adalah 20 Nama English Popular Pilihan Orang Korea:


 


 





















































Nama English Pilihan Orang Korea


LELAKI WANITA
MICHAEL JENNY
JAMES IRENE
BRIAN STEPHANIE
JAY SOPHIE
DANNY MARIE
ERIC LINDA
ANDY LISA
EVAN AMANDA
JOSEPH AMY
EDWARD KATHY

The post Ketahui 20 Nama English Popular Pilihan Orang Korea appeared first on EH!.