Kes Pukul : Justin Bieber Ditahan

Buat sekian kalinya, Justin Bieber terpalit dengan kontroversi kali ini dia didakwa memukul seorang lelaki dikenali sebagai Roney Canon, dalam satu kejadian yang berlaku di Cleveland sekitar lapan bulan lalu.

Menerusi laporan Billboard, pelantun lagu Love Yourself itu kini sedang disiasat pihak polis Cleveland.

Cannon, 34, yang mendakwa dirinya sebagai mangsa kekasaran yang dilakukan oleh Justin. Menurut lelaki berkenaan, kejadian tersebut terjadi selepas tamat pertandingan Cleveland Cavaliers yang berlangsung pada 8 Jun, tahun lalu.

Semasa di hotel, Cannon mendakwa Justin mengambil cermin matanya lalu memukulnya. Tambahnya, pengawal peribadi Justin turut memukulnya.

Cannon juga mengatakan dia terpaksa bergelut dengan Justin di atas lantai demi menahan bintang Pop itu memukulnya.