Kerusi Bayi Paling Laku Menjelang Hari Raya

Pihak 11street telah berkongsi data berkaitan pola beli-belah pengguna dalam talian di portalnya untuk Ramadan 2015 dan 2016. Transaksi pembelian dalam kedua-dua tahun itu meningkat 2.5 kali ganda berbanding kebiasaan. Untuk 2017, 11street menjangkakan ia akan meningkat 50% kepada sekurang-kurangnya 3.0 juta transaksi.



 


Pengguna kini lebih yakin dan selesa untuk melakukan beli-belah raya di dalam talian disebabkan kemudahan dan himpunan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh 11street di bawah satu bumbung. Buktinya, sepanjang Ramadan 2016, carian terhadap ebaucar dalam portal 11street meningkat sehingga 1.2 juta kali.


Daripada pemerhatian kasar, tahun ini juga ebaucar menjadi carian utama kerana lebih banyak premis makanan sudah mula mempromosikan produk masing-masing di 11street.



Semakin banyak premis makanan mengiklankan pakej buka puasa di 11street


Carian berkaitan selenggara kereta turut meningkat. Alat ganti kereta dan pakej selenggara adalah antara yang popular ditaip masuk di portal 11street itu. Tambahan pula, sekurang-kurangnya tiga kali ganda peningkatan carian tentang kerusi bayi turut dialami portal tersebut menunjukkan ibu-bapa kian sedar akan kepentingan aksesori itu dalam keselamatan anak-anak.


Bersempena dengan hari besar masyarakat Islam itu juga, 11street melancarkan kempen Gila-Gila Raya dengan pengenalan laman web 11street dalam Bahasa Malaysia. Kempen itu juga dibanjiri promosi-promosi menarik pelbagai produk termasuklah ebaucar untuk restoren.



Kempen Gila-Gila Raya berlangsung sehingga 23 Julai ini. Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk membeli barangan pada harga RM1 saja.


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman kempen Gila-Gila Raya 11street.



The post Kerusi Bayi Paling Laku Menjelang Hari Raya appeared first on TheSkop.