"Kenapa Saya Kena Jawab" Annuar Musa Enggan Menjawap Selepas Dihentam TMJ.

Tan Sri Annuar Musa menjadi perhatian umum selepas dihentam Tunku Mahkota Johor berkaitan dakwaan penyaluran wang Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) kepada pasukan bola sepak Kelantan.

Bagaimanapun, bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) itu masih enggan mengulas panjang.

Dihubungi Malaysiakini melalui pesanan WhatsApp, beliau yang juga ketua penerangan Umno hanya memberi jawapan ringkas:

“Perlukah saya balas hujah-hujah bodoh?” katanya.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini berkata, sewaktu ekonomi negara tidak begitu baik dan banyak pemotongan dibuat, Annuar masih tergamak menggunakan “duit rakyat” untuk pasukan Kelantan.

Tunku Ismail berkata, tidak cukup pelaburan “paksa” MARA, UniKL juga turut menjadi mangsa, ketika biasiswa pelajar-pelajarnya dipotong RM700,000 juta tahun lalu.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda AMANAH, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata‎ bagai orang politik dan bertanggungjawab kepada rakyat, Annuar tidak boleh terus berdiam diri.

"Kesemua tuduhan ini serius. Apatah lagi melibatkan MARA yang tujuannya jelas untuk membantu bumiputera dalam bidang keusahawanan, pendidikan dan pelaburan.
"Bukan menjadi penampan untuk 'membantu' mana-mana pasukan bola sepak," katanya dalam kenyataan hari ini.

Shazni Munir berkata, Annuar wajib menjelaskan justifikasi setiap tajaan yang dibuat dan sejauh mana ia benar-benar membantu Bumiputera.

"Jika gagal, Annuar bertanggungjawab untuk mengembalikan semula RM700,000 itu ke kantung asalnya," katanya.‎-Malaysiakini