Kelas Al-Quran Ustazah Sharifah Khasif Cecah Harga Ratusan Ribu Ringgit

Viral di laman-laman sosial berkenaan perkhidmatan kelas al-Quran yang dikendalikan oleh Johan Qariah Tilawah al-Quran peringkat antarabangsa 2009, Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman, khabar harganya hampir mencecah ratusan ribu ringgit Malaysia.

Dengan harga mewah itu juga memang setanding dengan tempatnya, mengaji di dalam sebuah pesawat jet peribadi mewah bernilai AS$21 Juta (RM93.4 Juta) milik Kapten Salman.

Meskipun mendapat tentangan hebat daripada ramai orang kerana program tersebut dianggap seperti mempermainkan agama, namun Kakigosip difahamkan ia mendapat sambutan hebat dari dalam dan luar negara, termasuklah ke Timur Tengah, Arab Saudi, China dan Australia.

Pagi ini menerusi laman Ustazah ada menyiarkan kenyataan penjelasan mengenai program tersebut yang sebelum ini rata-rata membangkang keras dengan tindakannya.

“Mengaji dalam Private Jets.

“Sebenarnya program ini di buat khusus utk jutawan yg berkemampuan demi utk mendekatkan diri mereka pada alQuran.

“Sama shj spt pakej umrah bersama celebriti yg ada sekarang.. Contoh Umrah bersama Ustaz tersohor dgn bayaran pakej sebanyak 10k, bukan harga ustaz tu 10k tapi harga pakej umrah tu yg 10k.

“Jet Peribadi memang mahal, operating cost perhour pun dah mencecah usd5k utk kos minyak, permit, insurance dan maintainance cost. Jadi mana2 jutawan yg menyewa jet kami yg ingin sgt berguru dgn Sharifah Kasif, kami beri dia pengajian quran percuma walau pun sekejap tapi ilmu quran yg di miliki oleh beliau lebih berharga dan tiada ternilai dan sebenarnya Quran kalamullah harus diangkat tinggi martabatnya di mana jua dan di mana sahaja.

“Bayaran yg dikenakan semestinya ada keuntungan. Dan keuntungan itu ada pecahan bahagiannya.

“Ustazah kasif akan salurkan pada madrasah Quran yg akan beliau tubuhkan , pecahan yg kedua utk tahfiz dhaif yg memerlukan bantuan, tidak lupa pada anak2 yatim dan rumah orang -orang tua yg telah kami kenal pasti. Yg selebihnya ialah kos pengurusan syarikat dan penyelenggaraan pesawat.

Di samping mendedahkan ke mata dunia islam dan quran adalah sesuatu yg sgt tinggi.. Sesuai dgn hadis nabi:

Islam itu agama yg sgt tinggi dan tidak ada yg lebih tinggi daripadanya..
Itulah Falsafah daripada program yg dianjurkan..

Wassalam,” tulis Kapten Salman.