#1
Kelab La Liga Intai Pemain Akademi Mokhtar Dahari?

Ketua Pegawai Eksekutif Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP), Safirul Azli Abu Bakar mendedahkan beberapa kelab La Liga kini mengintai pemain daripada skuad AMD bawah 13 tahun (B-13) yang cemerlang dalam dua kejohanan di Perancis bulan lalu.

-

Beliau berkata demikian kepada Kosmo menjelaskan selain diintai oleh kelab gergasi Eropah, beberapa pemain skuad itu kini mendapat tawaran daripada kelab La Liga.

-

-AMD B-13 telah menunjukkan impak yang sangat tinggi kepada kita selepas mereka berjaya merangkul tempat ketiga dan keempat bagi dua kejohanan yang rata-ratanya disertai oleh akademi kelab Ligue 1 seperti Paris Saint-German (PSG), FC Metz dan FC Nantes.

-

-Walaupun AMD B-13 tidak berjaya menjulang trofi, namun ia sudah memadai apabila mereka menjadi salah satu pasukan pencabar kerana kejohanan tersebut turut disertai akademi pasukan terkemuka di Perancis.

-

-Pada masa sama, lima pemain telah diintai kelab gergasi Eropah seperti Manchester City, Manchester United dan PSG untuk mendapatkan pemain yang mereka minati bagi menjalani latihan bersama jurulatih akademi tersebut.

--

-Kami juga baru mendapat tawaran daripada kelab La Liga untuk mendapat pemain tersebut kerana mereka juga menaruh harapan yang tinggi bagi mendapatkan pemain berkenaan.

-

-Bagaimanapun, kami masih dalam perbincangan untuk memutuskan kelab terbaik bagi destinasi pemain yang telah terpilih tersebut,- katanya.

--

Some final words for the AMD U14 and U15 boys before they depart to Amsterdam.
Safe journey boys@nfdpmalaysia pic.twitter.com/ha4XniL4Se

-

- safirul (@SafirulAbuBakar) May 15, 2018

-
----

Kelmarin skuad AMD B-14 berangkat ke eropah untuk jelajah Belanda, Jerman dan Perancis. Mereka turut akan menyertai beberapa kejohanan di sana.

-

Menurut Safirul, kejohanan pertama yang akan disertai oleh pasukan AMD B14 tahun di Dortmund, Jerman AMD B14 diletakkan dalam Group D bersama FC Midtjylland (Sweden), MSV Duisburg (Germany), Breidablik (Iceland), SuS Kaiserau (Germany).

-

-

Mereka juga akan menyertai kejohanan Human Elite Cup yang turut disertai oleh akademi kelab terkemuka Eropah seperti Real Madrid, PSG, Lyon FC dan Sporting Portugal.

-

Malah, mereka juga dijadualkan bertemu skuad kebangsaan Korea bawah 15 tahun disana.

--

-

NFDP merupakan salah satu program jangka panjang yang dilaksanakan secara berperingkat dengan fasa satu bermula dari 2014 hingga 2020, manakala fasa ke-dua akan bermula pada 2021 hingga 2030.

-

Lebih 25,000 pelatih berusia tujuh hingga 17 tahun telah menjalani latihan di pusat NFDP seluruh negara dan lebih 1,000 jurulatih termasuk pelatih elit telah menjadi tulang belakang kepada kejayaan program tersebut.

---

Kami perlukan bantuan anda.

-

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

-

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

-

Jadi Penyokong Kami atau Beri Sumbangan

-

Norlida Ishak Shop
Comments