www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


AS kecam Rusia atas serangan racun terhadap bekas perisik

0 month ago, 10-Aug-2018

AS kecam Rusia atas serangan racun terhadap bekas perisik

Salah seorang pakar forensik yang lengkap berpakaian khas menjalankan tugas di lokasi seorang bekas perisik Rusia dibunuh di Salisbury. -AP

NEW JERSEY: White House pada Jumaat menyatakan kecaman Amerika Syarikat (AS) terhadap Rusia berkenaan kes cubaan bunuh ke atas bekas perisik Rusia dan anaknya menggunakan senjata kimia di Britain, lapor Reuters.

Perkara itu ditegaskan Jabatan Negara AS selepas dua hari mengumumkan sekatan terhadap negara bekas Kesatuan Soviet itu.

“Serangan ke atas Sergei dan Yulia Skripal di Salisbury, United Kingdom, pada 4 Mac 2018, adalah contoh tindakan yang membelakangkan norma universal berkenaan senjata kimia,” ujar jurucakap Majlis Keselamatan Negara White House.

BACA: Polis UK sahkan bekas perisik Rusia diracun dengan agen saraf

Tambah jurucakap itu, sekatan-sekatan oleh Jabatan Negara yang dijangka dilaksanakan pada penghujung Ogos ini sudahpun memenuhi aturan undang-undang.

Tindakan itu diambil ‘selepas mengesahkan penglibatan kerajaan luar yang menggunakan senjata kimia atau biologi terhadap warganegara mereka sendiri, ataupun sudah dianggap satu pelanggaran undang-undang antarabangsa’.

Skripal, seorang bekas kolonel dari perkhidmatan perisikan tentera GRU Rusia, dan anak perempuannya yang berusia 33 tahun ditemui tidak sedarkan diri di bangku kediaman mereka di bandar Salisbury pada Mac lalu.

Pasukan forensik pula berjaya mengesan agen saraf dari jenis cecair Novichok pada pintu hadapan kediaman tersebut.

BACA: Lima fakta mengenai bahan kimia agen saraf ‘Novichok’

Presiden Donald Trump, bagaimanapun tidak mengulas lanjut tentang perkara itu apabila ditanya wartawan pada Khamis.

Trump sebaliknya dalam perancangan untuk memperbaiki hubungan dengan Rusia meskipun pihak perisikan AS sudah menemui bukti tentang campur tangan Moscow ketika pilihan raya presiden tahun 2016 lalu.

BACA: Serangan agen saraf: Britain perlu tampil dengan bukti – Rusia

BACA: Isu Novichok: Rusia tuntut jawapan kepada 14 persoalan daripada Britain

AS kecam Rusia atas serangan racun terhadap bekas perisik Berita Terkini.


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts