Kasihan... Fattah Dilabel Bangang Selepas Keluarkan Buku 'Inspirasi'

Baru saja melancarkan bukunya yang bertajuk 99 Kata-kata Fattah Amin pada Sabtu lalu, pelakon Fattah Amin dikecam teruk oleh netizen yang menganggap buku tersebut tidak sepatutnya diterbitkan dan Fattah hanya mengambil peluang di sebalik popularitinya sekarang.

Selain isu harga yang dikenakan dikatakan tidak sesuai iaitu RM58 untuk Semenanjung Malaysia dan RM68 untuk Sabah dan Sarawak, malah ada pihak yang melabelkan pelakon tinggi lampai ini bangang dek kerana isi kandungan buku tersebut dianggap kebudak-budakkan.



Isu tersebut turut mencuri perhatian pelakon Sharnaaz Ahmad yang turut mempertikaikan kredibiliti pelakon drama fenomena Suri Hati Mr. Pilot itu mengeluarkan buku.

Menerusi laporan blog mynewshub, Sharnaaz berkata, walaupun dia bukanlah seorang yang pakar dalam bidang penulisan namun dia juga boleh menyuarakan pendapatnya berhubung sesuatu penerbitan buku seperti mana lazimnya dilakukan orang lain di luar sana.

“Saya tak tahu buku ke apa (tak mahir dalam bidang penulisan), tapi bila saya baca buku ABC anak buah saya, itu lebih bagus (daripada buku Fattah),” ujarnya.

Dalam pada itu, Sharnaaz turut mengingatkan peminat Fattah supaya jangan terlalu taksub/over meminati seseorang selebriti itu sehingga ‘menganggu’ sesiapa sahaja yang tak berkaitan dengan aktor tersebut.

"Bila peminat dah mengaitkan pasal family, bakal isteri saya, kau (Fattah) jangan duduk diam je.

"Jangan nak tunjuk kau maksum sangat, senang cerita, kalau tiada angin masakan pokok bergoyang,” kata Sharnaaz yang bagaimanapun enggan mengulas lanjut sebab-musabab kenapa dia ‘tidak berpuas hati’ dengan Fattah.