Kareena Masih Ada Masa Bersosial

Meskipun sibuk menjaga anak sulungnya Taimur Ali Khan yang kini masuk usia dua bulan serta menjalankan rutin sebagai isteri, namun aktres Kareena Kapoor mendedahkan dia masih boleh keluar bekerja dan punya masa melakukan beberapa aktiviti lain seperti bersenam dan bersosial.

Dengan izin daripada suaminya, Saif Ali Khan, Kareena keluar bekerja dan bergilir dengan Saif serta pembantunya untuk menjaga Taimur di rumah.

"Jadi ibu tidak semestinya membuatkan kita harus berasa terkongkong di dalam rumah. Lihatlah, banyak perempuan di luar sana yang bekerja. Kita hanya perlu bijak membahagikan masa antara rumah dan pekerjaan kita".

"Saya dan Saif tahu akan tanggungjawab ini. Kami sudah sedia melaluinya," tutur Kareena.