Kanak-kanak kecil meninggal dunia dalam keadaan tragis selepas seminggu menikmati hari yang indah di kolam renang

Seorang kanak-kanak berusia empat tahun, Francisco Delgado III dari Texas, meninggal dunia selepas mengalami masalah kesihatan yang jarang berlaku kepada umum.



Facebook


Francisco Delgado meninggal dunia di hospital dalam keadaan kekeringan selepas seminggu mandi di sebuah kolam renang.


Menurut ibu bapanya, anak mereka mengalami masalah kesihatan seperti muntah-muntah dan cirit-birit selepas seminggu mandi di kolam renang.



Kredit: whereinhouston


Namun demikian, mereka tidak menyangka anak mereka rupa-rupanya sedang bergelut dengan masalah yang lebih besar.


Apabila keadaan tidak beransur pulih, Francisco Jr dan Sara membawa anak mereka ke hospital dan telah disahkan mengalami lemas kekeringan.



Facebook


Lemas kekeringan atau dry drowning berlaku apabila seseorang bernafas di dalam air.


Kes ini jarang-jarang berlaku tetapi kebiasaanya dialami oleh golongan kanak-kanak yang tidak tahu mengawal pernafasan ketika berada di dalam air.


Apabila air masuk kedalam organ dalaman, pita suara akan mengembang dan kejang menyebabkan masalah pernafasan akan berlaku.
Dan inilah yang dihadapi oleh Francisco III.


Ayahnya menceritakan, sebelum anaknya menghembuskan nafas yang terakhir, “Entah daripada mana, dia hanya bangun dan menjerit “ahh”. Dia mengambil nafas yang terakhir dan saya tidak tahu untuk membuat apa-apa lagi.”



Facebook


Ketika di hospital, doktor dan para jururawat berusaha untuk menyelamatkan anaknya itu dan menurut Sara, dia dapat melihat keadaaan anaknya yang sedang bergelut untuk meneruskan kehidupan.


Selepas menyedari air dalam badan itu memenuhi ruang paru-paru, pihak hospital juga tidak dapat melakukan apa-apa alternatif lain dan kanak-kanak ini menghembuskan nafasnya yang terakhir.



KTRK


Oleh itu, kepada para ibu bapa hati-hati membawa anak anda ke kolam renang atau mandi-mandi di tepi pantai supaya kejadian seperti ini dapat dielakkan.



Facebook


Era Baru



The post Kanak-kanak kecil meninggal dunia dalam keadaan tragis selepas seminggu menikmati hari yang indah di kolam renang appeared first on Era Baru Malaysia.