Kamera berkembar Honor 6X lebih mampu dimiliki

Honor 6X merupakan model telefon pintar pertama dari Honor Malaysia untuk tahun 2017. Paling menarik, ia memiliki dwi-lensa kamera belakang, sama seperti abangnya Honor 8 dan saudaranya Huawei P9 dan Mate 9. Tetapi dengan harga jauh lebih rendah.


Honor 6X boleh digolongkan dalam kelas pertengahan premium. Ia dikuasakan pemproses Kirin 655 ciptaan Huawei, bersama RAM 3GB & storan 32GB, atau RAM 4GB & 64GB storan. Skrinnya berukuran 5.5-inci HD Penuh, dengan badan diperbuat dari besi sepenuhnya.



Kamera berkembar Honor 6X menggunakan sensor 12MP+2MP yang mampu menghasilkan tangkapan dengan efek bokeh yang sangat menarik. Dengan saiz piksel 1.25-mikron, ia jauh lebih besar dari kebanyakan telefon pintar lain, membolehkan tangkapan yang lebih cerah dan jelas. Untuk swafoto, ia dirakam menerusi sensor 8MP di kamera depan.


Stamina Honor 6X juga dilihat perkasa. Dengan kapasiti bateri 3,340mAh, ia dijangka boleh memberikan pengguna sehingga 2 hari untuk penggunaan biasa, dan lebih dari 24 jam untuk penggunaan berat. Cuma, ia dibekalkan pengecas 5V/2A sahaja, tiada pengecas lebih pantas.



Honor 6X memiliki satu fungsi unik, iaitu WiFi Repeater. Ia boleh bertindak sebagai penguat signal WiFi yang disambung, selain melindungi kata laluan WiFi tersebut.


Tempahan Honor 6X telah dibuka sekarang, dari 14 Februari sehingga 16 Februari 2017, eksklusif di stor online DirectD di Lazada sahaja. 50 tempahan terawal Honor 6X (3GB RAM & 32GB Storan) akan menerima fon kepala Honor Turbine, casing Honor dan baucer petro bernilai RM100 secara PERCUMA.


Honor 6X (3GB RAM & 32GB Storan) akan mula dijual di seluruh Malaysia bermula 17 Februari 2017, dengan harga RM1,199. Manakala Honor 6X (4GB RAM & 64GB Storan) akan mula dijual pada 6 Mac 2017, pada harga RM1,399. Selain DirectD, ia turut boleh dibeli di SenHeng Malaysia, dan Stor Konsep Honor di Plaza Lowyat.


The post Kamera berkembar Honor 6X lebih mampu dimiliki appeared first on TheSkop.