Jika Anda Sentuh 7 Tempat Pada Badan Anda Seperti Ini, Ia Dapat Kurangkan Stress Pada Diri. Cubalah Dan Rasai Perubahannya..


Korang mesti ada cara masing-masing untuk uruskan stress. Ada sesetengah orang hilangkan stress dengan panjat gunung, main video games, pergi shopping, lepak dan sebagainya

Setiap cara itu ada kebaikannya tapi yang sebenarnya adalah dengan mengenalpasti titik-titik tekanan yang terdapat pada tubuh korang. Dengan hanya menyentuhnya, korang akan rasa kelegaannya

1. Kulit kepala bahagian belakang


Bahagian kepala inilah yang selalu menampung bebanan stress. Apa kata korang ambil masa 5 minit dengan mengurut di bahagian tengah belakang kepala sambil bernafas dengan betul dan fikirkan perkara yang baik-baik sahaja.

2. Telinga


Ini adalah titik tekanan yang dikenali sebagai shen men dalam bahasa cina, bermaksud pagar bagi roh. Beberapa pakar mendakwa ini adalah titik tekanan terbaik yang perlu disentuh untuk melegakan fikiran dan tubuh badan. Cuba ambil kutil kapas atau pen dan urut perlahan-lahan di kawasan ini. Ketenangan akan sedikit demi sedikit datang.


3. Perut


Kebanyakan pakar refleksiologi selalu menggunakan titik ini kerana ia membantu mewujudkan pergerakan yang bebas di antara dada dan otot perut yang boleh meningkatkan pernafasan. Orang yang bernafas sambil menekan jari di bahagian pangkal perut ini biasanya akan merasa lebih sensasi dan tenang.

4. Lengan


Antara titik yang klasik tapi popular dalam akunpuntur dan refleksiologi. Cubalah tekan di bahagian ini. Ia membantu tenaga korang untuk bergerak ke arah yang betul disamping membantu tumpuan mental dan mengurangkan tekanan.

5. Tapak tangan


Ramai yang percaya, banyak tekanan yang kita alami disimpan dalam hati. Oleh itu, pakar berpendapat dengan menekan bahagian ini dapat melegakannnya. Selain stress, ia juga dapat memberikan kelegaan pada gejala insomnia dan senak perut.

6. Tapak kaki


Sesetengah pakar refleksiologi percaya dengan menekan di bahagian tengah-tengah tapak kaki dapat meringankan fikiran dan merungkai kekusutan. Ia juga baik untuk merawat pankreas.

Sumber: Nakbebel