Jep Sepahtu Terima Sari Yanti Jika Dia Jodohnya

Jep Sepahtu yang dikaitkan dengan Sari Yanti sebelum ini bersedia menerima jika Sari Yanti adalah jodoh sebenar dalam hidupnya.


 


Gambar : Instagram Jep Sepahtu


 


Tidak mahu mengiyakan, tetapi pelawak dan selebriti jelita ini lebih selesa dianggap hubungan mereka sebagai teman baik. Jep akui yang dia sememangnya selesa berkawan dengan Sari Yanti.


 


Gambar : Instagram Jep Sepahtu


 


“Apa yang penting, buat masa ini kami tiada sebarang komitmen. Cuma setakat ini, semuanya adalah menyenangkan dan tidak ada yang memeningkan kepala. Dalam berkawan, saya mengharapkan sesuatu yang baik. Kalau betul dia (Sari Yanti) jodoh saya, tentunya saya mampu mengaminkan saja,” katanya kepada BH Online.


 


Jep pada masa yang sama turut berharap yang dia dapat mengakhiri zaman bujangnya sebelum ibu bapa menutup mata. Meskipun ibu bapanya tidak menegaskan langsung tentang hal perkahwinan, tetapi semestinya setiap ibu bapa mahu melihat anak mereka berkahwin.


 


Semoga segalanya baik-baik sahaja buat Jep Sepahtu dan Sari Yanti.


 


 


 


The post Jep Sepahtu Terima Sari Yanti Jika Dia Jodohnya appeared first on EH!.