Jep Sepahtu Dan Sari Yanti Teman Tapi Mesra

Heboh kebelakangan ini mengatakan tentang hubungan aktres popular Sari Yanti bersama Pelawak terkenal Jep Sepahtu.

Dikatakan Jep lebih selesa untuk memberitahu kepada semua yang hubungannya bersama Sari Yanti sebagai sebuah hubungan teman tapi mesra.

Terbaru, Jep berkata dia tidak menolak jika ditakdirkan Sari Yanti adalah jodoh hidupnya. Jep juga mengakui bahawa dia selesa bersama Sari Yanti.

Apa-apa pun kita doakan yang terbaik buat mereka berdua. Semoga hubungan persahabatan yang dibina menemui penghujung yang bahagia.