Jangan Campur Hal Orang Dan Saling Menghormati – Neelofa Jelas Tindakannya Menegur Sharnaaz

Susulan kata-kata pedas Sharnaaz Ahmad di Twitter, bakal adik iparnya Neelofa turut membuat teguran kepada Sharnaaz agar berfikir sebelum menulis sesuatu. Neelofa juga bertindak untuk mempertahankan Fattah Amin.



Terbaru, Neelofa menganggap isu teguran itu sudah selesaikan dan ia dapat juga menyedarkan penggiat seni agar tidak mudah menghentam rakan artis lain serta saling menghormati dan menyokong kerjaya masing-masing.  Kadang-kala adalah lebih baik untuk mencampuri hal orang lain.


Saya sudah memberi kenyataan berhubung perkara itu dan berharap selepas ini semuanya akan baik-baik sahaja.



Cuma ingin saya tekankan, dalam soal ini kita yang berada di dalam industri kalau boleh jangan campur hal oarng sebaliknya hormat dan saling menyokong antara satu sama lain.


Neelofa pada masa yang sama ingin menjelaskan teguran beliau buat Sharnaaz lahir daripada hatinya sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak.



Walaubagaimanapun, Neelofa akui beliau merasa sedikit risau jika teguran beliau akan menjejaskan hubungan kekeluargaan kerana umum mengetahui Sharnaaz bakal bernikah dengan kakaknya, Noor Nabilah tidak lama lagi.


Sumber Berita : mStar Online