Jangan Bandingkan Saya Dengan Pondan Lain – Safiey Ilyas

Nama Safiey Ilyas sudah tidak asing lagi di Malaysia apabila beliau pernah mncipta kontroversi apabila beliau telah berubah kembali menjadi Mak Nyah setelah beliau berubah menjadi seorang lelaki.

Terbaru, dalam satu muat naik status di laman Instagram miliknya, beliau menggesa agar masyarakat tidak menyamakan dirinya dengan pondan-pondan yang lain kerana wajahnya ketika ini.

Menurut beliau, wajahnya kelihatan seperti wanita kerana telah menjalankan pembedahan dan sudah kekal.

“Awak, jangan samakan muka saya dengan muka-muka pondan-pondan lain yang berhijrah. Saya ni dah hampir fully reno muka dan badan saya. Dan dah bedah buang juga beberapa part yang boleh dibuang, tapi tetap akan ada bentuk yang lama sebab kalau buang silikon-silikon di wajah ni 30% je mampu buang.

“Kalau suruh beberapa maknyah lain yang dah reno itu botak pun, muka tetap nampak perempuan. Sebab memang dah direno. Tapi yang dah reno, reno lah . Allah dah bagi rasa nikmat reno muka itu dulu. Tapi Allah lagi sayang dia bagi pula hidayah.” katanya dalam satu status di laman Istagram miliknya.

Beliau turut memberi amaran supaya tidak membandingkan wajahnya dengan pondan-pondan lain yang tidak melakukan sebarang pembedahan.

“Jangan samakan sesekali muka saya dengan muka hakak-hakak tak reno. Yang tu memang dah muka lelaki cuma rambut je panjang . Kalau botak, keluar la muka mat rempit,”ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan kesukarannya mempunyai wajah sedemikian yang dilihat amat sukar untuk diterima masyarakat.

“Dugaan saya terpaksa bawa muka yang dah perempuan ini memegang watak sebagai lelaki. Aku ini kadang masuk tandas OKU tahu sebab takut abang-abang lari lintang pukang tengok perempuan masuk tandas lelaki. Nak masuk tandas perempuan pulak, perempuan kenal aku. Nanti cakap aku ini berubah ke belum ! Jadi masuk saja tandas OKU. Kadang sanggup tahan kencing balik rumah sebab nak kencing.

 “Bagi saya, berubah itu pada hati, pada ibadah. Kalau kita nak kata yang benar-benar maknyah hijrah bermuka lelaki sahaja adalah hijrah yang sebenar, kita salah sangat-sangat. Setiap orang tak sama ujian. Lagi-lagi kita yang tak berada di tempat mereka,”katanya.-SuaraTV