Jangan Abai Kebersihan Faraj. 7 Tip Ini Dapat Elak Jangkitan





Ramai wanita malu untuk mendapatkan pemeriksaan doktor apabila berhadapan masalah berkaitan bahagian intim. Jangan begitu! Dapatkan segera pemeriksaan doktor jika mengalami simptom yang menimbulkan kegusaran.



Beringatlah! Kebersihan faraj perlu sentiasa dititikberatkan. Pengabaiannya boleh menyebabkan anda mengalami jangkitan kuman. Alat sulit yang tidak dijaga dengan baik akan menyebabkan jangkitan yang menjadi punca kepada masalah keputihan serta penyakit berkaitan seksual. Berikut adalah antara langkah untuk anda dan suami amalkan bagi mengelakkan diri daripada menghidap jangkitan berkaitan faraj.



1. Pastikan alat sulit sentiasa berada dalam keadaan yang kering.



2. Hindari penggunaan sabun atau gel pembersih yang mengandungi banyak bahan kimia pada alat kelamin kerana ia mungkin boleh menyebabkan rasa pedih, kering dan gatal. Sementara itu, ada sesetengah wanita sensitif dan alah kepada pewangi dalam buih sabun.



3. Elakkan kekerapan melakukan douche iaitu memasukkan jari atau memancutkan cecair ke dalam faraj yang bertujuan membersihkan bahagian dalam faraj.



4. Kerap tukar tuala wanita terutamanya pada hari darah haid keluar dalam jumlah yang banyak.



5. Gunakan pakaian dalam yang tidak terlalu ketat dan diperbuat daripada kapas.Tukar penggunaannya dengan lebih kerap pada hari lendir banyak dikeluarkan. Sebaik-baiknya pakai pelapik seluar dalam supaya lendir berkenaan tidak melekat pada pakaian dalam sehingga menyebabkan ketidakselesaan.



6. Jauhi amalan pemakaian pakaian dalam jenis sintetik yang terlalu ketat kerana ia akan menambahkan lagi masalah. Fabrik jenis ini akan menyebabkan kulit berpeluh, tiada peredaran udara yang akhirnya menggalakkan kuman membiak.



7. Anda dan suami sangat digalakkan untuk membersihkan alat kelamin dengan menggunakan air bersih sebelum dan selepas melakukan hubungan seks bagi memastikan tahap kebersihan yang optimum.



Rawatan

Sekiranya anda mengesyaki diri mengalami jangkitan faraj, segera berjumpa dengan doktor pemeriksaan lanjut. Anda perlu mendapatkan diagnosis dengan melakukan pap smear. Ia bagi memastikan kadar PH di faraj tidak melebihi empat bagi mengelakkan pertumbuhan bakteria aktif.

    

Dalam pada itu, kajian menunjukkan pengambilan makanan yang mengandungi kultur hidup setiap hari dalam tempoh enam bulan berupaya membantu anda untuk tidak lagi mengalami jangkitan yang sama.




Layari laman web