Jamal Bayar RM300 Seorang Tipu 15 Pemandu Van Jenazah

KETUA Umno Sungai Besar, Datuk Jamal dilapor telah menipu 15 orang pemandu van jenazah bagi membolehkan mereka menyertai demonstrasi di hadapan bangunan Kerajaan Negeri Selangor (SUK) kelmarin.

Para pemandu van jenazah tersebut dimaklumkan oleh pihak Jamal, kononnya ada satu sesi penggambaran (shooting) dibuat di SUK tanpa mendedahkan sebarang butiran lanjut mengenainya.

Sumber yang rapat dengan salah seorang pemandu van jenazah dipetik oleh portal Selangorkini memaklumkan, para pemandu ini diberitahu bahawa khidmat mereka diperlukan bagi tujuan sesi penggambaran di SUK dan mereka dibayar pada kadar RM300 seorang.

Malangnya sebaik tiba di SUK, lain pula yang berlaku dakwa sumber itu.

Jamal  kelmarin mencetuskan aksi bodoh yang baru apabila muncul di bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dengan berpakaian seperti pengali kubur bersama-sama 15 buah van jenazah.

Jamal bersama pengikutnya mengusung sebuah keranda sambil dilaporkan berseloroh kepada orang ramai dengan berkata, "anggap sahajalah Azmin ada di dalamnya ya," sebelum mengangkat keranda tersebut.

Dalam demonstrasi itu Jamal dilapor menimbulkan pertanyaan dari manakah sumber wang peruntukan sebanyak RM200 juta untuk program Skim Mesra Usia Emas dan Wang Khairat Kematian Selangor diperolehi.


"Saya sebagai rakyat Selangor, ingin bertanya kepada menteri besar, dari manakah jumlah peruntukkan ini diperolehi? Adakah ia dari sumber yang halal?" soal Jamal dalam demonstrasi itu.-milosuam.net