Jamal bawa van jenazah dan keranda terjah SUK Selangor

Beberapa buah van jenazah dilaporkan tiba di bangunan itu pagi tadi dengan salah sebuah daripadanya dipandu sendiri oleh Jamal yang memakai baju T putih manakala kepala dililit tuala.

Insiden kecoh Jamal bawa van jenazah, keranda di SUK Selangor.

Keranda kemudiannya diusung di hadapan pintu pagar memasuki perkarangan bangunan yang menempatkan pentadbiran kerajaan negeri (SUK) itu.

Beliau mendakwa, keranda itu sebagai simbolik kepada penyalahgunaan sejumlah peruntukan di bawah Skim Warga Usia Emas yang kononnya sebagai khairat kematian bagi membantu meringankan beban ahli keluarga yang meninggal dunia.

Katanya, beliau mendapat tahu ramai warga emas yang berdaftar di bawah skim itu, yang meninggal dunia tidak mendapat bantuan khairat kematian, sebaliknya peruntukan berkenaan disalahgunakan oleh wakil rakyat mahupun penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk kepentingan diri.