“Jadi penyanyi memang nampak senang” – Dayang Nurfaizah

Kebelakangan ini, momentum seni penyanyi kelahiran Sarawak, Dayang Nurfaziah memang diakui ramai. Selepas memenangi Juara Lagu ke-31 menerusi lagu Lelaki Teragung, Dayang kini kembali menyengat menerusi lagu duetnya bersama Malique yang berjudul Pejamkan Mata.

Melihat kepada gemerlapan sinar kerjaya nyanyiannya kini, Kakigosip sempat bertanya pada penyanyi hitam manis ini, apakah pesannya buat penyanyi baru yang ingin berjaya sepertinya.

Jawab Dayang, dia sendiri masih lagi belajar. Tetapi andai ditanya mengenai apakah nasihat buat muka baru, penyanyi ini memberitahu, mereka perlu pasang niat yang jitu dan tahu apa yang dimahukan bila terjun dalam dunia  seni.

“Ia berbalik kepada talent dan niat anda dalam nyanyian. Perlu banyak bersabar andai kejayaan itu belum sampai lagi. Saya percaya, setiap orang akan ada tuah dan masanya, sama ada cepatr atau pun lambat.

“Jangan cepat mengalah dan anda perlu kuat. Jadi penyanyi memang nampak senang, tetapi dari segi jiwa dan rohani perlu juga kuat,” katanya sambil berharap agar pencinta muzik tempatan juga boleh menerima kehadiran penyanyi baru dengan hati terbuka.