Izara Aishah Teruja Sarung Uniform UTK

Siapa sangka di sebalik wajah yang cantik dan bertubuh genit, peserta Dewi Remaja 2010, Izara Aishah sebenarnya meminati aktiviti lasak.

Bukan itu sahaja, Izara juga turut menyimpan impian untuk berlakon di dalam filem aksi dan menjayakan babak pergaduhan.

Impiannya itu akhirnya direalisasikan selepas Izara menjadi salah seorang pelakon dalam J Revolusi yang menampilkan pasukan Unit Tindakan Khas (UTK).

Turut menjayakan babak pertarungan membabitkan dia dan rakannya, Zul Ariffin yang membawakan watak Jay, Izara bagaimanapun mengakui masih belum puas menjayakan watak aksi.

"Babak Izara bergaduh dengan Zul adalah take paling lama yang di buat. Kami shoot dari pagi sehingga ke pagi keesokannya.

"Tapi Izara frust juga bila babak tu keluar tak banyak dan rasa tak puas kerana dapat buat aksi untuk satu babak sahaja.

"Bagaimana pengalaman terlibat dalam J Revolusi menjadi pengalaman yang tidak dapat Izara lupakan sebab Izara juga berpeluang menyarung uniform mereka dan menimba pengalaman bersama mereka," katanya yang membawakan watak sebagai Eddie di dalam filem berkenaan.