Izara Aishah Benci Bakat Lakonannya Dipertikaikan

Walaupun sudah bertahun terlibat didalam dunia lakonan dan membintangi filem serta drama popular, masih ada lagi sesetengah pihak yang mempertikaikan bakat lakonan Izara Aishah. Mereka menuduh Izara hanya mengejar glamor semata-mata  dan hanya bersandarkan wajahnya yang cantik. Izara akui beliau merasa kesal dan benci dipandang negatif dengan tuduhan seperti itu.



Saya tak suka orang memperkecilkan bakat yang ada dan menyangka saya masuk dunia seni sebab mahu mengejar glamor serta populariti. Saya benci dan geram orang cakap saya tiada bakat dan hanya bersandarkan wajah cantik. Saya bekerja keras untuk menjadi pelakon yang bagus.


Saya berterima kasih atas bonus yang diberikan pihak media untuk publisiti meluas. Wajah yang cantik juga satu bonus. Selebihnya saya sentiasa berusaha keras menjadi pelakon yang bagus.



Pernah berlakon watak psiko didalam sebuah drama sebelum ini dan beberapa karakter yang mencabar, Izara merasa syukur kerana diberi peluang untuk membuktikan bakat lakonan yang ada didalam dirinya. Izara tidak mahu kekal dengan karakter stereotaip kerana beliau ingin menjadi seorang pelakon  yang berilmu.


Saya bersyukur selalu dapat karakter bagus dan membawa nama saya ke depan. Jadi, janganlah sesekali tuduh saya hanya memperdagangkan wajah cantik untuk tujuan glamor sedangkan lakonan tidak seberapa.


Saya tidak mahu terhad pada satu satu karakter sahaja. Saya mahu cuba banyak karakter lain yang mencabar kredibiliti lakonan. Saya mahu jadi pelakon yang berilmu. Saya serius dalam kerjaya sebagai pelakon.



Jangan pedulikan cemuhan dan pandangan negatif orang lain, teruskan berusaha untuk membuktikan anda seorang pelakon yang berbakat.


Sumber Berita : Mangga Media