Isteri Hamil: Saharul Ridzwan Pun Kena Morning Sickness

Pelakon popular Saharul Ridzwan tidak mahu berjauhan dengan isterinya yang sedang hamil.

Isterinya yang kini di fasa trimester pertama memahami cara kerja suaminya sebagai seorang pelakon.

Namun Saharul berkata dia tidak mahu meninggalkan isterinya berseorangan di rumah

“Saya bersyukur kerana isteri memahami cara kerja saya yang terpaksa menjalani pengambaran dalam tempoh yang lama.

“Namun sebagai suami, saya memilih untuk tidak terlibat dengan pengambaran di lokasi yang jauh hingga terpaksa meninggalkan isteri keseorangan di rumah.” katanya.

Lumrah orang mengandung mesti mengalami rasa loya dan muntah-muntah. Sebagai seorang suami Saharul juga terkena tempias itu.

Dia juga berkara bahawa kadang-kadang dia terasa loya dan muntah itu namun keadaan itu masih lagi boleh dikawal.

Semoga mereka berdua dikurniakan anak yang sihat serta soleh dan solehah.