www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Hina PM, India Muslim, enam NGO buat laporan polis

0 month ago, 10-Aug-2018

Amir Amsaa (tengah) bersama wakil enam NGO membuat laporan polis terhadap individu yang menghina Perdana Menteri dan India Muslim di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul hari ini.

KUALA LUMPUR - Enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis terhadap individu yang menghina Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan India Muslim dengan menggunakan bahasa kesat menerusi rakaman suara dalam Bahasa Tamil yang tular di aplikasi WhatsApp.

Laporan polis tersebut dibuat oleh wakil NGO yang diketuai Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Amir Amsaa Alla Pitchay di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini.

Loading...

Amir Amsaa berkata, rakaman audio tersebut yang menggunakan kata-kata kesat selain menghasut rakyat adalah satu perbuatan yang tidak menghormati dan menggugat keharmonian negara.

Dalam rakaman audio berdurasi kira-kira 10 minit yang tular sejak seminggu lalu itu, individu berkenaan telah mencaci menggunakan kata-kata kesat dalam Bahasa Tamil yang mana ia jelas tidak menghormati perasaan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Individu tersebut juga turut merendahkan martabat sesuatu kaum dan menghasut rakyat supaya memboikot kedai-kedai mamak yang dilihat adalah satu tindakan berniat jahat, katanya ketika ditemui pemberita di IPD Sentul di sini hari ini.

Dalam pada itu, Amir Amsaa meminta agar pihak berkuasa menyiasat perkara tersebut dan mengenakan tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.

Saya menyeru agar pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Polis Diraja Malaysia untuk mengambil tindakan terhadap rakaman audio yang tular ini, ujarnya.


Selain itu, lima lagi NGO yang membuat laporan polis ialah Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Amanah Rahsia Cekal (ARC), Gerak Kerja Gabungan Ayahanda Selangor (Gegas), Persatuan Badan Kebajikan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa India Muslim Kuala Lumpur dan Selangor (Pembaktim) serta Kipidap. - K! ONLINE


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts