Impian tiga beradik tercapai

“Saya tidak dapat tidur lena memikirkan hari pertama persekolahan. Itu kata Intan Auliya Mohammad Izham berusia 10 tahun. Dia dan abangnya, Muhammad Firdaus serta adik, Muhammad Farish memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Cendana apabila berjaya mendapat sijil kelahiran pada 12 Februari lalu.