IMGA buka penyertaan Anugerah Permainan Mudah Alih khas Asia Tenggara

Anugerah terkemuka International Mobile Gaming Awards (IMGA) akan tiba ke Asia Tenggara tidak lama lagi. Selepas kejayaannya di dua benua, ia akan dibawa ke Asia Tenggara pada 8 November 2016, melalui kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).


IMGA baru sahaja meraikan majlis anugerah tahunan ke-12 di San Francisco. Kemunculan anugerah IMGA SEA membuktikan bakat dari Asia Tenggara diiktiraf masyarakat antarabangsa.


IMGA ke-12 di San Francisco


Menurut pengasas IMGA, Maarten Noyons, Asia Tenggara merupakan lokasi kemunculan bakat-bakat yang menghasilkan banyak permainan mudahalih. Muat turun permainan ini serta keuntungan meningkat setiap tahun. Dengan fokus di Asia kini, IMGA turut sama ingin meraikan industri yang kreatif dan sangat menarik ini.


Penyertaan IMGA SEA kini telah dibuka. Studio permainan mudahalih, pembangun indie, serta pembangun yang terlibat dalam apa jua aspek penghasilan permainan mudahalih di Malaysia, dijemput menghantar permainan mereka selewatnya 31 OgosĀ 2016. Penyertaan boleh dihantar ke lamanweb sea.imgawards.com/submit-your-game.


Selepas disenarai pendek dalam talian, panel juri akan memilih pemenang dalam sesi penghakiman terakhir, yang akan diadakan di Pulau Pinang pada awal November 2016. Pemenang akan diumumkan pada 8 November 2016.


Untuk maklumat lanjut serta syarat-syarat penyertaan, layari lamanweb sea.imgawards.com. Sertai juga laman Facebook IMGA SEA dan Twitter @imgawards


The post IMGA buka penyertaan Anugerah Permainan Mudah Alih khas Asia Tenggara appeared first on TheSkop.