Iklan Hari Raya 2017 Yang Mana Paling Epik?

Kurang daripada seminggu kita akan menyambut Hari Raya. Sektor-sektor korporat sudah mula menerbitkan iklan Raya masing-masing. Berbanding tahun lepas, iklan Hari Raya tahun ini tak banyak yang sedih-sedih, sebaliknya aspek komedi disuntik ke dalam sinematik.


Seperti biasa, Petronas masih belum menerbitkan iklannya setakat artikel ini ditulis. Artikel ini akan dikemas kini jika ada iklan raya yang baru dimuat naik di Internet. Kalau anda nak tonton koleksi iklan Hari Raya 2016, anda boleh ka pautan ini.


Senarai iklan raya 2017 setakat ini:



  1. Astro

  2. BSN

  3. Breeze

  4. Celcom

  5. KFC

  6. Maxis

  7. MYNIC

  8. OPPO

  9. Pos Malaysia

  10. Telekom Malaysia

  11. Tenaga Nasional Berhad




ASTRO


Astro turut menggunakan tema kisah benar seperti tahun 2016. Cuma kali ini Astro menyingkap kisah disebalik seorang kanak-kanak istimewa, Luqman, yang menghidap Autisme.



Balik ke senarai




BSN


Mana sambungan iklan pengacau raya? Penonton tentunya rindukan gelagat Aloy dan Zai. Walau apapun, iklan BSN kali ini tidak kurang menarik. Ia mengguna pakai tema kepelbagaian kaum di Malaysia. Raj dan Chong tolong menjaga rumah jiran-jirannya yang pula beraya.



Balik ke senarai




Breeze


Muhammad Ziyad Zolkefli, jaguh Olimpik kita membintangi iklan Raya Breeze tahun ini. Sertai “Kempen Beli dan Derma Bersama Breeze” untuk membantu kanak-kanak yang berlainan upaya



Balik ke senarai




Celcom


Comel pula kucing dalam iklan ni. Bolehkah anak-anak mak masak lauk Hari Raya dengan resepi turun-temurun nenek?



Balik ke senarai




KFC


Aiman terus menggalas tradisi ayahnnya yang sudah meninggal.



Balik ke senarai




Maxis


Agak unik pendekatan Maxis tahun ini. Selalunya tema ibu-bapa-anak menjadi pilihan kebanyakkan penerbit. Tetapi Maxis memilih untuk menggunakan tema rumah tangga untuk iklan kali ini. Penampilan khas, Beto Kusyairy.



Balik ke senarai




MYNIC


Sambungan kisah bahulu tahun sudah. Adam kini telah  berjaya dan beliau membuka kilang bahulu untuk mengkomersialkan kuih kegemarannya itu. Tapi, rasa kuih tidak lagi sama berbanding dulu. Apa masalahnya?


 


Balik ke senarai




Oppo


Usah biar yang tersayang merinduimu dengan menatap foto. Hargai memori dengan meluangkan masa bersama mereka.



Balik ke senarai




POS MALAYSIA


Kesungguhan abang posmen, Fattah, untuk hantar surat walaupun alamat di sampulnya tak lengkap. Si posmen itu pula kene bergegas beli tepung pelita yang ayahnya kirim untuk berbukan nanti. Sempatkah dia?



Balik ke senarai




Telekom Malaysia


Penduduk Kampung Batu 311 digemparkan Dengan Misteri baT-Man. Dialah yang mencari ayam kesayangan makcik Wong, tampal bumbung pakcik Din, dan banyak lagi. Siapakan gerangan baT-Man? 3 Sekawan berkeputusan memburu baT-Man Kampung Batu 311.



Balik ke senarai




Tenaga Nasional Berhad


Jika tahun sudah iklan raya TNB mengisarkan seorang budak, kali ini ia mengajak kita menelusuri cabaran yag ditempuhi Aida untuk pulang ke kampung. Kalau anda nak tahu, agensi pengiklanan yang sama juga turut menghasilkan iklan Tahun Baru Cina 2017 untuk TNB.



Balik ke senarai


The post Iklan Hari Raya 2017 Yang Mana Paling Epik? appeared first on TheSkop.