Ibu Tom Cruise Meninggal Dunia Ketika Tidur

Suasana sedih kini masih menyelubungi keluarga Tom Cruise apabila ibu aktor itu, Mary Lee South, meninggal dunia di usia 80 tahun, baru-baru ini.

Menerusi laporan E! Online, Mary meninggal dunia dengan tenang ketika beliau sedang tidur. Upacara penghormatan terakhir diadakan minggu lalu di sebuah gereja Scientology.

Tom, bersama ahli keluarganya yang lain iaitu Lee Ann DeVette, Cass Mapother dan Marian Henry turut menghadiri upacara tersebut.

Mary adalah orang yang banyak menyokong sepanjang karier Tom. Ibunyalah adalah orang yang memaksanya untuk melibatkan diri dalam dunia lakonan teater tempatan.

"Saya rasa, saya aku peminatnya yang paling kuat. Dia sudah melihat bakatnya sejak kecil," ujar Mary ketika ditemubual media Hollywood satu ketika dahulu.