Ibu bapa kena tahu 4 sebab si kecil perlu bermain. Bukan sekadar berseronok saja!





Menurut pakar pendidikan, Maria Montessori, bermain adalah urusan kerja bagi kanak-kanak. Biasanya bila sebut bermain mama papa akan membayangkan anak bermain dengan anak patung atau barang permainan. Sebenarnya ada lagi sebab-sebab lain kenapa mama papa kena biarkan anak bermain. Usah menganggap waktu bermain  adalah waktu yang membuang masa! Hakikatnya bermain adalah aktiviti yang penting untuk kehidupan kanak-kanak. Ketahui panduan seperti berikut.



 



1.Pertumbuhan kanak-kanak



Aktiviti seperti berlari, melompat, menangkap bola dan menggulingkan badan dapat membina otot badan. Aktiviti fizikal ini dapat membantu memperbaiki koordinasi badan kanak-kanak. Malah ia juga menyebabkan kanak-kanak berasa lapar dan letih, sekali gus dapat menambah selera dan membantu meningkatkan pertumbuhan kanak-kanak.



 



2.Kenali erti kejayaan  



Walaupun permainan itu agak sukar dan memenatkan, tetapi anda sebagai ibu bapa menggalakkan anak untuk melakukannya dengan baik. Kawalan dan pergerakan badannya menunjukkan dia berusaha untuk meneruskan permainan itu walaupun sudah kepenatan. Jika berjaya, anda katakan, “Tahniah, adik berjaya!”. Permainan ni mengajar anak anda mengenal apa itu kejayaan.



 



3.Menghormati rakan sebaya



Ketika bermain mereka menunjukkan perasaan gembiranya, mendengar dan bercakap dengan rakan sepermainannya. Malah membuatkan kanak-kanak mengenali apa itu perkongsian dan memulangkan kembali barang yang bukan miliknya.



 



4.Belajar tentang masa dan disiplin.



Hakikatnya bermain mendedahkan kanak-kanak tentang masa, apabila anda mengatakan masa bermain sudah tamat kepadanya. Mereka akan berhenti bermain. Cara ini mendidik anak mengenai masa dan disiplin



diri.



 



Jenis permainan



a)Fizikal  



Menggalakkan anak anda melakukan permainan berbentuk fizikal. Ia permainan yang agak aktif yang akan mengeluarkan peluh anak anda. Selain itu, ia merangsang perkembangan kemahiran motor kasar anak anda. Antara permainannya ialah bermain buaian, berpusing, berlari dan berguling. Anak anda juga boleh bermain bola dan menari dengan muzik yang rancak!  



 



b)Permainan  kreatif dan seni



Berikan kebebasan untuk kanak-kanak melakarkan apa sahaja yang bermain di mindanya. Berikan sehelai kertas dan pensel warna, biarkan anak menconteng. Berikan kata-kata semangat,walaupun anda langsung tidak memahami apa yang anak anda lukis.



 



c)Permainan Sosial  



Anak-anak yang masih kecil suka bermain seorang diri, tetapi setelah memasuki usia sekitar dua tahun, dia akan mula bermain dengan kanak-kanak lain. Ia mungkin melibatkan dua orang kanak-kanak atau lebih untuk bermain bersama-sama. Sebenarnya permainan sosial ini adalah kaitan dengan interaksi dengan kanak-kanak lain.



 



d)Permainan mental



Permainan mental biasanya melibatkan kad imbasan. Ia melibatkan aktiviti penjelajahan dan penemuan. Perkataan, nombor, sentuhan, rasa dan melihat adalah salah satu aktiviti permainan mental. Misalnya kanak-kanak akan menggunakan mindanya untuk mengingati permainan kad imbasan. Bahkan, anak anda akan mula mengira anak tangga rumah, anak patung atau bunga yang dilihat di taman permainan.



 



 



 





 




Layari laman web