Huawei P10 Sasar Tawan Pentas MWC 2017

​Kita baru saja menerima penyertaan baru untuk MWC 2017 kerana Huawei telah menerbitkan atu video teaser yang mengukuhkan kehadiran Huawei P10 pada 26 Februari ini di Barcelona. Ia memecahkan norma kitaran flaghip Huawei kerana P9 dilancarkan dalam bulan April tahun lalu manakala Mate 9 dalam November tahun yang sama.


Walau apapun, menurut video teaser tersebut, P10 nampaknya masih mengekalkan konfigurasi kamera berkembarnya yang dibangunkan hasil kerjasama mereka dengan Leica sejak model P9. Model P9 melonjakkan nama Huawei dengan inovasi kameranya serta ditambah pula dengan perakuan yang mereka terima daripada bintang-bintang Hollywood seperti Henry Cavill dan Scarlett Johansson



Untuk spesifikasi pula, Huawei tidak perlu menunggu saki baki cip Snapdragon 835 yang khabarnya diborong oleh Samsung. Sebaliknya, mereka miliki cip flagship tersendiri iaitu HiSilicon Kirin 960 dengan ruang RAM antara 4GB dan 6GB. Kita juga boleh menjangkakan dua varian P10 dilancarkan iaitu versi Plu yang lebih besar saiznya.


Selain telefon, jam tangan juga dilaporkan akan dibawa mengiringi telefon itu. Huawei Watch 2 akan menggunakan sistem operasi Android Wear 2.0 dan mempunyai fungsi LTE.



[Sumber: GSMArena]


The post Huawei P10 Sasar Tawan Pentas MWC 2017 appeared first on TheSkop.