Honda Malaysia sasar jualan 100,000 unit untuk 2017

Honda Malaysia nampaknya yakin bahawa pasaran tempatan akan terus berkembang dan pembeli mempunyai keyakinan yang tinggi pada jenama mereka.


Tahun lalu, Honda muncul sebagai juara carta jualan kenderaan bukan nasional tertinggi negara dengan 91,830 unit terjual.


Jumlah tersebut memberikan pegangan pasaran sebanyak 15.8 peratus daripada jumlah keseluruhan pasaran negara.,


Menurut Katsuto Hayashi, Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, pihak syarikat berkeyakinan industri automotif negara akan mempunyai perkembangan positif pda tahun 2017.


“Kami yakin pasaran serantau akan beransur pulih dan kerana itu Honda Malaysia menjangkakan jumlah jualan industri (TIV) negara akan mencecah 600,000 unit,” ujar beliau.

P1170599


TIV untuk Malaysia pada tahun 2016 ialah 580,124 unit, menurun dari paras 600,000 unit buat pertama kalinya.


Selain dari itu, Civic generasi ke-10 mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 165 peratus berbanding model Civic sebelumnya.


Honda Accord pula terus menguungguli segmen D negara dengan jualan sebanyak 2,400 untuk tahun 2016.


Untuk model lain pula, sebanyak 25,000 unit HR-V terjual tahun lalu.


Model terhangat di pasaran, BR-V pula mencatat 7,000 tempahan dalam sebulan di mana 83 peratus tempahan adalah untuk varian tertinggi V.


Honda Malaysia akan melancarkan model City facelift dalam masa terdekat ini. Sebanyak 100,000 unit model City terjual sejak dilancarkan pada Mac 2014.P1170693



City facelift akan diperkenalkan dengan ciri-ciri seperti pengiktirafan sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), Vehicle Stability Assist (VSA), Hill-Start Assits (HSA), butang Start/Stop, keyless entry dan roda aloi dua tona.





P1170643
P1170659




P1170685
P1170661


Untuk melihat City baharu dengan lebih dekat, kunjungi pameran bergerak Honda Malaysia di:


18 Februari 2017

The Curve, Petaling Jaya


19 Februari 2017

One Utama, Petaling Jaya dan East Coast Mall, Kuantan.


23 – 26 Februari 2017

Gurney Plaza, Pulau Pinang.