Harga ASUS Zenfone 3 Zoom mula diketahui

Zenfone 3 Zoom yang diperkenalkan semasa pameran CES 2017 merupakan salah satu produk yang menarik perhatian kami. Tiada harga dinyatakan semasa pelancaran di CES 2017, tetapi ia telah diumumkan dalam satu majlis di Taiwan.


Telefon pintar ini telah diketahui akan memasuki pasaran pada bulan Februari. Dalam majlis di Taiwan itu, harga Zenfone 3 Zoom dengan spesifikasi tertinggi (4GB RAM + 128GB storan), diumumkan pada RMB3,699 (~RM2,387). Harga bagi model lain tidak pula diberitahu, tapi pasti lebih murah jika terdapat storan lebih kecil.


asus-zenfone-3-zoom-belakang-depan-navy-black


Model terbaru Zoom ini menggunakan sistem kamera yang berbeza dengan Zoom yang asal. Ia tidak lagi memiliki zum optikal 3x, sebaliknya menggunakan sistem dua lensa seperti yang terdapat di iPhone 7 Plus, untuk menghasilkan zum optikal 2.3x.


Ia menggunakan sensor Sony IMX 362 12MP pada kedua-dua lensa, dengan satu lensa memiliki panjang 59mm manakala satu lagi 25mm. Ia juga dilengkapi sistem autofokus dwi-PDAF bersama penstabil imej optikal (OIS). Kamera depan pula 13MP.


Zenfone 3 Zoom dibekalkan bateri yang agak besar, berkapasiti 5,000mAh. Ia dikuasakan pemproses Snapdragon 625, sama seperti yang terdapat pada Zenfone 3. Kenali Zenfone 3 Zoom lebih lanjut melalui video kami di bawah ini.



[SUMBER: GSMarena]

The post Harga ASUS Zenfone 3 Zoom mula diketahui appeared first on TheSkop.