#1
Pas harap Anwar boleh beri sumbangan baik kepada politik negara
rakyat mengharapkan kerajaan Pakatan Harapan ini lebih baik daripada kerajaan terdahulu

Pas harap Anwar boleh beri sumbangan baik kepada politik negara


KOTA BHARU 16 Mei - Paas menyambut baik pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berharap beliau boleh memberi sumbangan yang baik kepada politik negara.??Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata melalui pembebasan itu juga PAS berharap Anwar yang juga Ketua Umum PKR dapat meredakan "suasana panas dan agak tegang" pada masa sekarang ini.??"Kita berharap Pakatan Harapan ini tidak menjadi sebuah kerajaan yang membalas dendam. Semua orang harapkan, bukan kami (Pas) sahaja, walaupun kami pembangkang tetapi rakyat mengharapkan kerajaan Pakatan Harapan ini lebih baik daripada kerajaan terdahulu* lupakan cerita lama dan buka lembaran baharu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.??Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata sejak dahulu lagi PAS konsisten bahawa Anwar tidak bersalah dan percaya terdapat konspirasi di belakang pertuduhan dan pemenjaraannya.??Mohd Amar diminta mengulas mengenai pembebasan Anwar hari ini.??Anwar, 71, dibebaskan serta-merta setelah rayuan pengampunan penuhnya yang diputuskan Lembaga Pengampunan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. - BERNAMA?? ?? ??

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pas-harap-anwar-boleh-beri-sumbangan-baik-kepada-politik-negara-1.674027#ixzz5FgGDqRDn
- Utusan Melayu (M) Bhd

Norlida Ishak Shop
Comments