Hanbyul Bikin Konsert di KL 11 Mac Ini

Bintang KPop berdarah kacukan Australia-Korea, Hanbyul bakal mengadakan konsert "F.Y.I On Stage", di Kuala Lumpur pada 11 Mac ini.

Hanbyul atau nama sebenarnya, Jason Hanbyul Jang, 26, yang juga merupakan bekas vokalis utama kumpulan Led Apple terkenal dengan lagu hits, Music Note.

Menjanjikan sebuah persembahan yang intim dan menhiburkan, konsert F.Y.I On Stage, bakal menyaksikan penyanyi bersuara lunak ini mendendangkan deretan runut bunyi daripada drama juga filem fenomena Korea.

Beliau sebelum ini aktif sebagai hos bersama juga sebagai pengacara program TV Arirang, berjudul After School Club, yang mana program tersebut mempunyai ramai peminat antarabangsa.

Selepas meninggalkan Led Apple dan bergerk secara solo, Hanbyul diberi kepercayaan menyanyikan lagu runut bunyi untuk drama popular terbitan KBS, Sassy Go Go dan drama terbitan SBS bertajuk, Remember.

Kepada para peminat, ini peluang anda untuk bertemu dan berhibur bersama Hanbyul menerusi konsert F.Y.I On Stage anjuran M.E Malaysia akan berlangsung pada di Kuala Lumpur (tempat yang akan diumumkan).

Tiket-tiket boleh didapati dengan harga RM180, RM280 (V.I.P) dan RM380 (premium) mulai 18 Februari 2017 dalam kuantiti terhad. Maklumat lanjut layari http: //www.facebook.com/ME.Malaysia.