Hampir langgar Boeing 737, Harrison Ford disiasat

PENTADBIRAN Penerbangan Persekutuan (FAA) menyiasat pelakon veteran Hollywood, Harrison Ford selepas selebriti tersebut hampir melanggar sebuah pesawat Boeing 737 ketika mahu mendaratkan pesawat ringannya.

Menurut laporan NBC News, Ford didakwa gagal mematuhi arahan pegawai udara walaupun arahan telah diberikan dan diterima dengan jelas untuk pendaratan di lapangan terbang John Wayne, Isnin lalu.

Akibatnya, pesawat Husky Aviat A-1C yang dipandu beliau nyaris berlanggar dengan pesawat penerbangan American Airlines yang membawa 100 penumpang dan enam kakitangan ketika kejadian.

Aktor berusia 71 tahun berkenaan sebelum ini pernah terlibat dalam kemalangan udara selepas pesawat era Perang Dunia ke-2 yang dipandu terhempas di pada 2015.

Dalam kejadian tersebut, Ford mengalami kecederaan di bahagian kepala dan patah tangan.