Hadiah dan cabutan bertuah menanti di pameran bergerak Huawei P9

Huawei Malaysia nampaknya tidak mahu ketinggalan dalam kehangatan sambutan Hari Raya. Huawei Malaysia akan mengadakan satu pameran bergerak untuk mempamerkan kehebatan telefon pintar terbaru mereka, Huawei P9. Pelbagai hadiah percuma dan cabutan bertuah, disediakan untuk pembeli peranti Huawei di pameran bergerak ini.


Huawei P9 adalah telefon pintar pertama yang terhasil dari kerjasama Huawei dan jenama kamera terkemuka dunia, Leica. Ia menjanjikan gambar lebih terang dan teliti, yang menghasilkan warna menawan serta imej hitam dan putih yang menarik, sesuai dengan gaya Leica.



Pameran bergerak ini menawarkan promosi eksklusif untuk pelbagai produk Huawei. Tiga pameran bergerak akan diadakan di lokasi berikut:


Sunway Pyramid, Central Avenue (22-26 Jun 2016) 10AM-10PM

Plaza Lowyat, Kuala Lumpur (27 Jun – 3 Julai 2016) 10AM-10PM

Sunway Carnival, Pulau Pinang (14 Julai-17 Julai 2016) 10AM-10PM


Untuk peluang mendapatkan cabutan bertuah, pengunjung pameran hanya perlu membeli telefon pintar Huawei P9 Plus, P9, Mate 8 atau G8. Selepas itu, satu peluang memutarkan Roda Impian akan diberikan. Antara hadiah yang disediakan adalah Huawei Mate 8, fon kepala Harman Kardon, kad hadiah Starbucks RM50, Baucer AEON RM20 dan banyak lagi hadiah lain.


Hadiah percuma yang disediakan untuk pembelian peranti Huawei di pameran jelajah ini pula adalah seperti berikut:


jadual hadiah premium di pameran jelajah huawei p9


Untuk maklumat lanjut tentang peranti Huawei, layari laman produk Huawei Malaysia.


The post Hadiah dan cabutan bertuah menanti di pameran bergerak Huawei P9 appeared first on TheSkop.