Grammy 2017 : Daripada Tanggal Seluar Hinggalah Patahkan Trofi

Acara anugerah berprestij Grammy 2017 yang berlangsung di Staples Center, Los Angeles, semalam, bukan saja meriah dengan berita kejayaan para pengiat muzik Hollywood yang mencipta prestasi gemilang masing-masing. Malah hangat dengan beberapa momen dan aksi lucu, mengejutkan dan tragedi yang sehingga kini menjadi bualan ramai.

Salah satunya yang paling hangat ialah aksi duo, Twenty One Pilot, yang mengejutkan penonton apabila mereka bertindak menanggalkan seluar ketika dinobat sebagai pemenang anugerah Persembahan Duo/Berkumpulan Terbaik.

Ketika nama mereka diumumkan, Tyler Joseph dan Josh Dun spontan dan dengan selamber melucutkan seluar mereka sebelum menaiki untuk menerima trofi.

Difahamkan, kedua-dua penyanyi itu telah sebelum itu telahg bernazar mahu menerima trofi Anugerah Grammy dengan hanya memakai baju dan berboxer sahaja sama seperti situasi ketika mereka menonton acara tersebut di rumah.

Hos Jatuh
Sementara itu antara momen lain yang mencuri perhatian, insiden malang yang menimpa hos Grammy Awards ke-59 tahun ini, James Corden. Akibat landasan pentas hidrolik tiba-tiba tidak berfungsi menyebabkan pengacara yang popular menerusi program The Late Show hilang keseimbangan dan jatuh tersembam. Mujur dia segera diselamatkan oleh beberapa penari iringan.


Baju, Kostum Dikutuk!

Penyanyi, Joy Villa tampil di acara karpet merah dengan mengenakan gaun biru bertulisan 'Make America Great Again', yang sekaligus menyuarakan sokungan pada Presiden Amerika, Donald Trump. Sayangnya, Joy menerima kritikan daripada netizen dan pengikut laman sosial.

Selain itu penyanyi rap yang popular dengan lagu Forget You, CeeLo Green juga 'berusaha' mencuri perhatian peminat dengan tampil mengenaikan kostume serba emas, berserta hiasan seperti 'alien' di kepalanya.



Beyonce 'Tak Nak Kalah'

Meskipun sedang sarat mengandung anak kembar namun tidak menghalang Beyonce tampil dengan persembahan luar biasa sekaligus memukai penonton. Dengan mengenakan outfit berwarna emas serta mahkota bak ratu dari Mediteranian, beliau tampil mempersembahkan lagu Love Drought diiringi puluhan penari latar dengan koreografi menarik.



Pertama & Terakhir

Lagenda Rock, David Bowie, berjaya meraih empat Trofi dalam anugerah kali ke-59 ini. Kemenangan Bowie menerusi kategori Lagu Rock Terbaik (Best Rock Song), Album Alternatif Terbaik (Best Alternative Album) Persembahan Rock Terbaik (Best Rock Performance) dan Susunan Bukan Klasik Terbaik. Keempat anugerah ini juga menjadi penghargaan pertama dan terakhir Bowie dari segi bermusik dengan album terakhirnya Blackstar. Bowie meninggal dunia diusia 69 tahun, pada 10 Januari 2016 selepas menderita akibat kanser hati.


Mikrofon Tak Bunyi

Aksi duet 'mother monster', Lady Gaga, dan Metallica merupakan persembahan yang paling dinantikan tetapi sayangnya, masalah teknikal yang dialami oleh vokalis James Hetfield, membuatkan persembahan sedikit cacat. Ketika sedang asyik menyanyikan verse pertama dari lagu terbarunya, Moth Into Flame, mikrofon yang digunakan James, tidak berfungsi dan suaranya tidak keluar. Mujur kesilapan teknik itu diselamatkan Lady Gaga dengan aksi gilernya dan yang penting kedua-dua penghibur ini profesional.



Patahkan Trofi

Meraih kemenangan besar dengan membawa balik lima (termasuk tiga trofi utama) belum cukup memuaskan hati pemilik suara emas, Adele, mencipta kejutan pada anugerah tahun ini. Ketika menetima trifi atas kemenangannya menerusi kategori Album Terbaik, pelantun lagu Hello ini tiba-tiba mematahkan trofi tersebut dan mengungkap, dia mahu memberikan separuh bahagian trofi yang patah itu kepada Beyonce.

"Kamu adalah cahaya kami. Apa yang kamu lakukan telah membuat saya dan teman-teman berasa bersemangat," ucap Adele sambil menitiskan air mata.

Mendengar ungkap itu membuatkan Beyonce tersentuh hati lalu penyanyi yang bakal menimang cahaya mata kembar ini juga turut menitiskan air matanya.

.