Giliran Lelaki Ini Pula Dikecam Kerana Antivaksin

SELEPAS teruk Imam Muda Ammar dihentam gara-gara memuat naik status antivaksin, kini tiba giliran lelaki bernama Ashrull pula mendapat perhatian.


Jika Imam Muda Ammar hanya melontarkan pandangannya, lain pula cara Ashrull yang dilihat seolah-olah menghasut orang ramai dengan menggunakan alasan agama agar tidak mengambil vaksin.


Menerusi satu posting yang dimuat naik, Ashrull mendedahkan anaknya tidak mengambil vaksin dan apa yang diamalkan adalah pemakanan sunnah semata-mata.


Malah, lelaki ini turut menyifatkan vaksin itu adalah salah satu senjata Dajjal agar orang muslim dijauhi dengan perubatan Islam, dengan memuat naik kata-kata dari Ustaz Ibnu Batoola.


“Vaksin adalah salah satu senjata Dajjal untuk memonopoli sistem perubatan dunia sehingga dijauhkan dengan perubatan Islam,” tulisnya.aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


Kata-kata yang dikongsi itu sekali gus mengundang kecaman ramai hingga ada yang menyifatkan dirinya berfikiran cetak.


Malah, laman Twitter Ashrull turut mendapat perhatian beberapa doktor yang mengeluarkan kata-kata nasihat untuk Ashrull.


Pun begitu, lelaki ini tetap berdegil dan berkeras untuk mengamalkan kaedah Islam sahaja.


16c15a21-bbbb-489e-b535-784f8c75cded


335fc65b-be38-4fbe-86b5-81ea7aae1b5fd8afdf57-8d3c-4d9a-b93f-2aa232765a6fDek kerana itu juga, ada yang menyifatkan Ashrull sebagai penunggang agama yang hanya menggunakan agama untuk kepentingan tersendiri tanpa mengetahui fakta sesuatu perkara.


Walaupun dihujani dengan hentaman orang ramai, Ashrull membalas setiap komen yang diterima dengan kata sopan.


Isu vaksin rancak diperkatakan rakyat Malaysia sejak kebelakangan ini selepas seorang kanak-kanak perempuan, 7, dari Melaka disahkan meninggal dunia pada Sabtu lepas akibat dijangkiti bakteria difteria kerana tidak mengambil suntikan imunisasi. – MYNEWSHUB.CC