Gempar anak lembu berkepala dua

PENDUDUK Kampung Paloh Chicha, Tumpat terkejut sebaik melihat anak lembu berkepala dua seberat 15 kilogram di dalam perut lembu betina, jam 8 pagi semalam.
Pemilik lembu itu, Syukri Mohamed, 45, berkata, ini adalah kali pertama dia menyaksikan perkara aneh itu. Bagaimanapun, anak lembu itu sudah mati.