Ganja bawah tempat duduk

Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah di daerah ini dengan menahan tiga lelaki serta merampas dua kilogram ganja di Jalan Tampin-Seremban di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, suspek berusia antara 25 hingga 32 tahun ditahan dan ganja berkenaan ditemui di bawah tempat duduk penumpang depan kereta.