Gambar Wajah Wanita Bunuh Kim Jong-Nam Tersebar

Kematian Kim Jong-Nam abang tiri kepada pemimpin Korea Utara di Lapanga Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam menimbulkan seribu satu misteri.

Namun misteri itu mulai terkuak apabila seorang wanita yang didakwa sebagai salah satu daripada pembunuh Kim Jong-nam terakam oleh cctv.

Media tempatan sejak semalam dibanjiri dengan apa yang dipercayai wanita yang ditangkap rakaman CCTV memiliki kaitan dengan permbunuhan.

Wanita itu berdiri di luar KLIA dengan panjang rambut paras bahu,baju berwarna putih mengandungi perkataan ‘LOL’, serta memakai skirt dan beg tangan.

Imej wanita itu  dipercayai  wanita yang sama sebelum ini dikongsi di media sosial, walaupun diambil dari jarak yang lebih jauh. Penyiasat telah mendakwa bahawa imej itu diambil di luar klia2.

Laporan menyebut bahawa dua pembunuh perempuan bertanggungjawab atas kematian Jong-nam pada hari Isnin semalam.

Sebelumnya dimaklumkan Jong-nam berkata seseorang telah menghapus mukanya dengan bahan cecair, yang menyebabkan dia pening. Beliau telah meminta bantuan daripada kakitangan lapangan terbang, yang kemudian memanggil ambulans .

Bagaimanapun, beliau meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. Mayatnya telah pun dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat. Peperiksaan bedah siasat dijangka selesai hari ini. Media Korea Selatan melaporkan bahawa keluarga Jong-nam ini kemungkinan besar akan menerima penjagaan badan selepas bedah siasat dijalankan.