Gambar Pertama Anak Kareena Kapoor Khan Dan Saif Ali Khan Tular Di Internet

Bayi yang paling disayangi dan kontroversi sekarang ini di India, tidak lain tidak bukan adalah anak kepada pasangan Bollywood popular iaitu Kareena Kapoor Khan dan Saif Ali Khan.


 


Gambar : Instagram Kareena Kapoor


 


Baru sahaja berusia sebulan dan 25 hari, Taimur Ali Khan adalah bayi yang cukup popular sekarang ini dan sememangnya ramai yang menanti-nantikan gambar terkini anak comel itu.


 


Terbaru, sekeping gambar close-up yang dipercayai adalah Taimur telah pun tular di laman sesawang dan boleh kata ramai yang tidak senang duduk melihat kecomelan bayi itu. Rambutnya yang coklat terang semulajadi dengan bermata biru gelap menjadi bualan ramai peminat-peminat ibu bapanya.